Showing posts with label beauty of Islam. Show all posts
Showing posts with label beauty of Islam. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

Makanan hati itu ilmu...

Salam 'alaik sahabat...

Ada empat perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih dan dada terasa sesak:

  • Tidak suka terhadap qada' dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.


  • Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat.

.....katakanlah: "Hal itu adalah akibat sikap diri kalian.." ('Ali Imran : 165)

.....semua itu akibat sikap perbuatan kalian...(As-Syura : 30)


  • Dengki kepada manusia, suka membalas dendam dan iri hati terhadap kurniaan Allah kepada seseorang.

Apakah mereka iri hati kepada orang yang telah diberi kurnia oleh Allah.. (An-Nisa' : 54)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki"


  • Berpaling dari peringatan Allah.

... maka sungguh baginya penghidupan yang sempit. (Taha : 124)


Hidup ini hanya sementara. Carilah bekalan secukupnya menuju destinasi abadi.

Semoga bermanfaat buat semua.

Wednesday, June 1, 2011

Assalamualaikum...

Assalamualaikum..selamat sejahtera..

Lama saya tak update blog nie...maaflah...sedikit sibuk dengan attachment programme dan aktiviti..Alhamdulillah..hidup semakin indah...

Saya ingin berkongsi keindahan alam yang amat menakjubkan serta memberi banyak pengajaran..

PELANGI

Pelangi ada 7 warna..merah, jingga, kuning, biru, hijau, ungu, dan indigo..
Semuanya terhasil apabila cahaya matahari dibiaskan oleh titisan air hujan..
Indahnya pelangi ciptaan Allah
Memberi pengajaran kepada manusia
Bahawa hidup yang cantik itu terdiri dari suka dan duka
Cahaya matahari mewakili kegembiraan
Titisan air hujan mewakili kesedihan

Percayalah dalam setiap dugaan dan kesedihan ada hikmah dan kemudahan..
Gembirakanlah hatimu dengan mengingatiNya..
Kelak ia akan berwarna-warni seindah pelangi di langit selepas hujan renyai..

Nikmatilah hidup dengan penuh kesyukuran
Kelak hidupmu tidak akan sia-sia....