Saturday, March 17, 2012

Makanan hati itu ilmu...

Salam 'alaik sahabat...

Ada empat perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih dan dada terasa sesak:

  • Tidak suka terhadap qada' dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.


  • Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat.

.....katakanlah: "Hal itu adalah akibat sikap diri kalian.." ('Ali Imran : 165)

.....semua itu akibat sikap perbuatan kalian...(As-Syura : 30)


  • Dengki kepada manusia, suka membalas dendam dan iri hati terhadap kurniaan Allah kepada seseorang.

Apakah mereka iri hati kepada orang yang telah diberi kurnia oleh Allah.. (An-Nisa' : 54)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki"


  • Berpaling dari peringatan Allah.

... maka sungguh baginya penghidupan yang sempit. (Taha : 124)


Hidup ini hanya sementara. Carilah bekalan secukupnya menuju destinasi abadi.

Semoga bermanfaat buat semua.

Wednesday, November 16, 2011

Apabila kamu memegang jawatan....

Ibnul Wardi berkata,
"Memangku jawatan terkesan di luar indah. Padahal itu hanyalah sesuatu yang rendah (hina)."

Apa maksud dari kata-kata ini?
Kedudukan itu sangat mahal harganya; menjejaskan kesihatan dan menghilangkan ketenangan. Hanya sedikit orang yang berjaya memegang jawatan yang telah dibayar dengan harga mahal setiap hari dengan keringatnya, darahnya, ketenangan, kemuliaan dan kehormatannya.

Renungkanlah.....


Petikan dari buku:
Jangan Bersedih, Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, Al-Hidayah Publication, p.439

Saturday, November 12, 2011

Nyanyian indah...

Bila terasa buntu.....

Daisy menangis kerana terlalu tertekan dengan pelbagai masalah. Bagai ada batu yang jatuh di atas kepalanya. Dalam esak tangisnya, dia terpandang ayat seribu dinar yang ditampal di papan berhadapan meja belajarnya. Daisy membacanya dengan penuh perasaan agar Allah memberikannya jalan keluar untuk setiap masalah yang dihadapinya. Sejurus selepas itu, Daisy mendapat panggilan yang membawa berita gembira. Alhamdulillah, peperiksaan malam itu ditunda ke satu tarikh lain. Daisy berpeluang menyiapkan tugasannya yang lain. Dalam hatinya sangat bersyukur dengan penundaan itu.

Bila sudah berusaha dan masih belum jumpa jalan keluar, kita mula berputus asa. Perasaan kecewa, bingung dan sedih menghantui kita. Setiap kali terasa buntu, bacalah ayat seribu dinar dengan penuh tawakal kepada Allah.




Ayat ini dipetik dari surah at-Talaq ayat 2-3.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Bertaqwalah dan bertawakallah kepada Allah nescaya Allah akan memberimu jalan keluar dari sumber yang tidak pernah kau sangka-sangka.


Thursday, September 15, 2011

He knows best...

Dalam hidup semuanya perlu dilalui. Tiada sekolah ataupun pusat pengajian yang ada menyediakan subjek bernama "Kehidupan dan Realiti". Kebanyakannya hanyalah teori dan retorik. Pelajarnya perlu lebih berfikiran terbuka demi mencari pengalaman berharga. "Experience teach us how to survive". Inilah kata-kata kegemaran saya. Kadang kala kita diberikan cabaran yang sangat berat. Terlintas di fikiran, adakah kita mampu untuk menghadapi dan menyelesaikannya? Yakinlah dengan Allah, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Setiap manusia akan diberikan dugaan sesuai dengan kemampuan mereka. Demikianlah ringkasan ayat al-Qur'an dalam surah al-Baqarah. Jadi tidak perlu risau. Pengalaman akan menjadikan setiap orang lebih menghargai apa yang dimiliki. Jika kehilangan sesuatu, jangan terlalu sedih atau meratapinya kerana Allah lebih mengetahui sesuatu yang terbaik untuk kita.


Sunday, August 14, 2011

mencari Lailatul Qadr...

Hampir semua Mukmin mendambakan peluang untuk bertemu Lailatul Qadr. Malam yang lebih baik dari seribu bulan. Subhanallah. Beruntunglah buat sesiapa yang menemukannya. Marilah kita berusaha untuk mencari redhaNya. Menambah amal kebajikan sepanjang masa. Semoga Ramadhan ini lebih bermakna.

Thursday, July 21, 2011

Ramadhan bakal menjelang...

Beberapa minggu lagi, Ramadhan bakal menjelma. Ini menandakan akan bermulanya ibadah puasa untuk umat Islam di seluruh dunia. Bulan ini dipenuhi dengan rahmat dan berkat. Beruntunglah buat mereka yang mengambil peluang melipat gandakan usaha untuk mencari keredhaanNya. InsyaAllah..


Narrated Abu Hurayrah Ahmad and Nasa'i [ transmitted it.]:

Allah's Messenger said, "Ramadan, a blessed month, has come to you during which Allah has made it obligatory for you to fast. In it the gates of Heaven are opened, the gates of al-Jahim are locked, and the rebellious devils are chained. In it Allah has a night which is better than a thousand months. He who is deprived of its good has indeed suffered deprivation."

Tirmidhi, Number 1962 I