Thursday, December 17, 2015

Kisah Hidup #03

“Kerana sudah demikian mestinya hidup itu, habis kesulitan yang satu akan menimpa pula kesulitan yang lain. Kita hanya beristirahat buat sementara, guna mengumpulkan kekuatan untuk menempuh perjuangan yang baru. Sebab itulah maka tak usah kita menangis di waktu mendaki, sebab di balik puncak perhentian pendakian itu, telah menunggu daerah yang menurun. Hanya satu yang akan kita jaga di sana, iaitu kuatkan kaki, supaya jangan tergelincir. Dan tak usah kita tertawa di waktu menurun kerana kita akan menempuh pendakian pula, yang biasanya lebih tinggi dan menggoyahkan lutut daripada pendakian dahulu. Dan barulah kelak di akhir sekali, akan berhenti pendakian dan penurunan itu, di satu padang yang luas terbentang, bernama maut.”

(Hamka, Merantau ke Deli:71)


Duduk merenung jendela memegang buku Buya Hamka. Kopi panas dan hari hujan. Jauh fikiran melayang memikirkan akan susahnya hidup. Lalu aku bermonolog sendiri, "Baru diuji sedikit, sudah goyah. Bagaimana mahu jihad? Tengok orang berperang, kau menangis? Sungguh rapuh kau ni."

Menerawang entah ke mana. Jauh menelusuri tulisan Hamka yang tinggi kiasannya. Mencari logik dalam setiap baris.

Saat diuji itulah saat kau mengenal diri. Sejauh mana sabar, tabah dan ikhlas terhadap ujian itu.

Saat itu kau mengenal sahabat, kawan dan lawan. Sejauh mana besar erti pengorbanan. Mungkin ada di antaranya tidak pernah kau terfikirkan.

Saat itu juga kau kenal kasih sayang dan perhatian. Saat itu kau kenal keluarga dan cinta.

Jangan disalahkan ujian kerana itu sebenarnya menyempurnakan kamu. Berdoa dan bertahanlah. Semoga Allah merahmati kamu.

No comments:

Post a Comment