Sunday, April 24, 2011

Banyak lagi cinta lain...

Bila berkata tentang cinta. Kebanyakan orang terus memberi "specific" kepada cinta dari seseorang kekasih kepada kekasihnya. Tapi sedarkah kalian bahawa banyak lagu cinta lain yang jauh lebih penting dari cinta seorang insan bergelar "kekasih"?

Cinta kan bunga, bunga kan layu,
Cinta kan harta, harta kan habis,
Cinta kan manusia, manusia akan mati,
Hanya Dia yang kekal abadi.

Mengapa kamu perlu bermuram durja tatkala ditinggalkan kekasih yang konon-kononnya pernah berjanji setia sehidup semati?? Bijak pandai ada berkata, "Adalah menjadi pelik sekiranya seseorang membunuh diri kerana berdosa dengan ibunya. Namun, tidaklah menjadi perkara pelik jika seseorang membunuh diri kerana kekasihnya."

Justeru, cubalah difikir-fikirkan. Siapa yang lebih berhak mendapat cinta anda? Ada Maha Pencinta yang sentiasa mencintai anda walaupun anda terkhilaf. CintaNya begitu luas tanpa mengira siapa pun diri anda. Sekiranya anda tergolong dalam golongan "frust". Usah sesekali putus asa. Putus cinta bukanlah kiamatnya dunia ini. Ada hadis menyebut: "Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan memberinya cubaan."

Lebih baik bercinta dengan pemberi cinta sejati. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Baik di dunia mahupun di akhirat. Dia sentiasa mencintai anda selama mana anda bertaubat dan mengingatiNya. Jauh bezanya dengan cinta manusia bernama kekasih.

Selain itu, cinta kepada ibu bapa dan keluarga juga lebih membahagiakan. Cintailah mereka sementara mereka ada. Mengapa kamu perlu memberi kasihmu kepada orang lain sedangkan ada yang lebih berhak mendapatkan kasih kamu itu? Tidakkah kamu terfikir bahawa ayah, ibu dan keluarga kamu sangat mencintai kamu sejak kamu kecil hingga dewasa? Adakah ayah dan ibu kamu menghampakan dan mengecewakan kamu sepertimana kamu dikecewakan oleh orang yang kamu gelarkan "kekasih"??

Sesusah mana pun, sepayah mana pun...ayah dan ibu akan cuba memberikan kamu yang terbaik. Kepenatan mereka seolah-olah terubat melihat kegembiraan dari riak wajah kamu. Justeru, mengapa kamu tidak mahu mencintai mereka lebih dari kamu mencintai insan yang digelar "kekasih"? Mangapa harus ada tindakan untuk membunuh diri dan sebagainya? Renungkanlah.

Dunia ini begitu indah dan kamu harus menikmati kurniaan Ilahi. Cinta itu satu perasaan yang dikurniakan dariNya kepada hamba-hambaNya. Setiap yang baik adalah untuk yang baik dan setiap yang kurang baik adalah untuk yang kurang lain. Allah tidak pernah menutup ruang untuk kamu pulang kepadaNya. Cintailah Dia. InsyaAllah, Dia akan menemukan kamu dengan pencintaNya sepertimana kamu mencintaiNya.

No comments:

Post a Comment