Showing posts with label kisah dan teladan. Show all posts
Showing posts with label kisah dan teladan. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

2013

Assalamualaikum w.b.t.

Tahun 2013 melabuhkan tirainya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih punya nyawa untuk terus hidup di dunia ini. Terlalu banyak untuk diungkapkan kerana 2013 sangat memberi pengajaran.

2013 memberikan satu kronologi menarik dalam hidup. Penuh perasaan. Suka duka, senyum tawa, sedih dan kecewa. Peristiwa bermakna. Hadiah berharga. Kasih-sayang dan cinta. Alhamdulillah atas kurnia Allah.

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pemberi pertolongan. Tiadalah yang lebih baik dari-Nya. Hikmah tersembunyi dalam setiap kejadian untuk renungan. Semoga sahaja mampu menjadi lebih baik kerana masih punya ruang dan masa. 

Allah is the Creator of all things, and He is the Guardian and Disposer of all affairs.

Sunday, April 24, 2011

Banyak lagi cinta lain...

Bila berkata tentang cinta. Kebanyakan orang terus memberi "specific" kepada cinta dari seseorang kekasih kepada kekasihnya. Tapi sedarkah kalian bahawa banyak lagu cinta lain yang jauh lebih penting dari cinta seorang insan bergelar "kekasih"?

Cinta kan bunga, bunga kan layu,
Cinta kan harta, harta kan habis,
Cinta kan manusia, manusia akan mati,
Hanya Dia yang kekal abadi.

Mengapa kamu perlu bermuram durja tatkala ditinggalkan kekasih yang konon-kononnya pernah berjanji setia sehidup semati?? Bijak pandai ada berkata, "Adalah menjadi pelik sekiranya seseorang membunuh diri kerana berdosa dengan ibunya. Namun, tidaklah menjadi perkara pelik jika seseorang membunuh diri kerana kekasihnya."

Justeru, cubalah difikir-fikirkan. Siapa yang lebih berhak mendapat cinta anda? Ada Maha Pencinta yang sentiasa mencintai anda walaupun anda terkhilaf. CintaNya begitu luas tanpa mengira siapa pun diri anda. Sekiranya anda tergolong dalam golongan "frust". Usah sesekali putus asa. Putus cinta bukanlah kiamatnya dunia ini. Ada hadis menyebut: "Sesiapa yang dikehendaki Allah menjadi baik, nescaya Allah akan memberinya cubaan."

Lebih baik bercinta dengan pemberi cinta sejati. Cinta yang tiada tolok bandingnya. Baik di dunia mahupun di akhirat. Dia sentiasa mencintai anda selama mana anda bertaubat dan mengingatiNya. Jauh bezanya dengan cinta manusia bernama kekasih.

Selain itu, cinta kepada ibu bapa dan keluarga juga lebih membahagiakan. Cintailah mereka sementara mereka ada. Mengapa kamu perlu memberi kasihmu kepada orang lain sedangkan ada yang lebih berhak mendapatkan kasih kamu itu? Tidakkah kamu terfikir bahawa ayah, ibu dan keluarga kamu sangat mencintai kamu sejak kamu kecil hingga dewasa? Adakah ayah dan ibu kamu menghampakan dan mengecewakan kamu sepertimana kamu dikecewakan oleh orang yang kamu gelarkan "kekasih"??

Sesusah mana pun, sepayah mana pun...ayah dan ibu akan cuba memberikan kamu yang terbaik. Kepenatan mereka seolah-olah terubat melihat kegembiraan dari riak wajah kamu. Justeru, mengapa kamu tidak mahu mencintai mereka lebih dari kamu mencintai insan yang digelar "kekasih"? Mangapa harus ada tindakan untuk membunuh diri dan sebagainya? Renungkanlah.

Dunia ini begitu indah dan kamu harus menikmati kurniaan Ilahi. Cinta itu satu perasaan yang dikurniakan dariNya kepada hamba-hambaNya. Setiap yang baik adalah untuk yang baik dan setiap yang kurang baik adalah untuk yang kurang lain. Allah tidak pernah menutup ruang untuk kamu pulang kepadaNya. Cintailah Dia. InsyaAllah, Dia akan menemukan kamu dengan pencintaNya sepertimana kamu mencintaiNya.

Saturday, April 9, 2011

Kasih tak bertepian..

"Kami wasiatkan kepada manusia supaya mereka berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya yang mengandungkannya dengan berbadan lemah, berlipat ganda melahirkannya, menyusukannya dan menceraikannya daripada menyusu sesudah dua tahun. Sebab itu, hendaklah berterima kasih kepada Aku dan kepada kedua ibu bapa kamu dan kepada Aku kembali. Jika kedua ibu bapa kamu memaksa kamu mempersekutukan aku dengan Tuhan yang lain, yang engkau tidak ketahui, maka janganlah engkau turut perkataan keduanya dengan baik, dan turutlah jalan orang yang bertaubat kepada Aku, kemudian itu adalah tempat kembali kamu kepada Aku, lalu khabarkanlah kepada kamu dengannya apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Luqman: 14-15)


Tahukah kamu ibu bapa kamulah orang yang paling menyayangi kamu?

Merekalah yang membesarkan kamu sejak dari kecil. Mereka memberikan kamu pelajaran agar menjadi orang yang berguna. Mereka akan sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jika belum mencukupi, bersabarlah dan bersyukurlah. Terimalah nasihat dan saranan mereka. Jika kurang bersetuju, tolaklah dengan sopan. Janganlah kamu lukakan hati mereka. Ketahuilah, kasih sayang seorang ibu kekal sampai ke syurga. Kasih sayang seorang ayah membawa bahagia. Hargailah mereka sementara mereka ada.


Wednesday, April 6, 2011

Cerita di sebuah klinik...

Peperiksaan yang semakin hampir membuatkan Daisy melangkah ke klinik selepas makan tengah hari untuk mendapatkan rawatan. Hari ini dia tidak ditemani oleh mana-mana sahabatnya kerana dia tidak mahu menyusahkan mereka. Tambahan pula mereka sedang sibuk menyiapkan nota-nota.

Setibanya di klinik, Daisy mendapatkan nombor giliran di kaunter. Sementara menunggu, dia duduk di bangku yang disediakan di situ. Beberapa lama kemudian ada seorang wanita berbangsa asing duduk di sebelah Daisy. Wanita itu menyapa mesra dengan ucapan salam. Mereka berbual sementara menantikan giliran masing-masing.

Kemudian seorang ibu datang membawa anaknya yang masih kecil. Umurnya mungkin dalam lingkungan 2 atau 3 tahun. Comel sekali anak itu. Kulitnya cerah dan bermata bundar. Daisy terleka melihat keletah anak kecil itu.

Wanita berbangsa asing disebelahnya tersenyum memandang anak itu lalu berkata kepada Daisy, "Are you staring at the kid? He is cute right?"

Daisy tersenyum dan memandang wanita itu sambil berkata, "Yes. He is cute."

Wanita itu berkata lagi, "It is a beauty of a kid. When you see them, you feel release. You even forget your sickness and pain. That's why Allah bestowed them to us.."

Daisy terkesima mendengar kata-kata itu lalu menjawab, "Exactly..they are too beautiful.."

Tidak lama selepas itu, nombor giliran Daisy tertera di papan berkomputer. Dia mengucapkan salam kepada wanita asing di sebelahnya. Sepanjang hari tersebut, Daisy asyik tersenyum apabila teringat kata-kata wanita itu. Ringkas tetapi ada benarnya.

"Sesungguhnya anak itu adalah amanah dari Allah yang sangat tinggi nilainya"

Allah SWT berfirman,
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(asy-Syura: 49-50).