Tuesday, March 24, 2015

Kisah Hidup #01

Benda paling susah dalam cinta ialah move on. Kenapa?

Sebab kau kena terima hakikat yang semuanya dah tak sama. Semuanya berubah lepas kau decide untuk end up relationship tu. Paling perit lagi kalau kau kena end up sebab keluarga tak restu atau dia ada orang lain atau kau sedia tapi dia tak sedia. Tapi itulah cabaran hidup yang kau kena hadap.

Fasa Penerimaan merupakan fasa kau paling weak dan rasa macam nak melaung setiap hari sebab kau kena convince diri sendiri yang kau boleh teruskan hidup. Mungkin slow pace je hidup time ni. Kejap termenung. Kejap termenung. Macam dalam drama tu. Yelah, skrip drama pun ditulis based on true experience kan?

Masa Fasa Penerimaan ni, support memang paling penting. So, hidupkanlah semua support system yang kau ada. Family terutamanya. Kawan-kawan rapat yang memang hidup mati bersama. (Bukan kawan yang suka ambil kesempatan. Ni jenis lain. Tak boleh jadi support system.) Adik-beradik. Ataupun mungkin si kucing, sugarglider or hedgehog yang kau bela tu? 

Kenapa penting support system? Sebab masa ni kau weak. Kau punya cara berfikir sedikit terganggu. Silap cara, bolehlah dirujuk ke hospital berdekatan atas masalah psikologi. Jadi, kena handle betul-betul.

Sebagai ahli keluarga, kalau tahu ada yang mengalami masalah putus cinta atau sewaktu dengannya. Maka, cubalah untuk berbual dengan mereka. Tanya apa mereka rasa. Jangan condemn. Jangan bagi arahan. Jangan nasihat pun. Dengar je. Kalau perlu, barulah bagi sedikit kata-kata. Naikkan moral dia. 

Sebagai kawan yang baik, bagilah semangat walaupun dalam lawak. Ada masa, kita lebih selesa nak cerita dengan kawan-kawan tentang apa kita rasa. Cerita je la... sampai lega. Kawan yang baik akan setia mendengar. (Walaupun dia tertidur dengar kau cerita). Makanya, carilah the most trusted friend yang memang kau selesa. Cerita. Kadangkala, dalam masa kau cerita tu la, kau nampak rasional. Kenapa bukan dia. Faham?

Binatang peliharaan atau pet ni pun berguna. Tak percaya? Cuba kau cerita masalah kau kat kucing kau si Bobo tu. Mesti mata dia terkebil-kebil dengar. Cuma dia tak pandai jawab je.

So. Ini sedikit perkongsian untuk hari ini. Nanti aku sambung lagi.

Tuesday, December 31, 2013

A little thought


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.
------------
Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.


*Tazkirah dari seorang sahabat*

2013

Assalamualaikum w.b.t.

Tahun 2013 melabuhkan tirainya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih punya nyawa untuk terus hidup di dunia ini. Terlalu banyak untuk diungkapkan kerana 2013 sangat memberi pengajaran.

2013 memberikan satu kronologi menarik dalam hidup. Penuh perasaan. Suka duka, senyum tawa, sedih dan kecewa. Peristiwa bermakna. Hadiah berharga. Kasih-sayang dan cinta. Alhamdulillah atas kurnia Allah.

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik penolong dan sebaik-baik pemberi pertolongan. Tiadalah yang lebih baik dari-Nya. Hikmah tersembunyi dalam setiap kejadian untuk renungan. Semoga sahaja mampu menjadi lebih baik kerana masih punya ruang dan masa. 

Allah is the Creator of all things, and He is the Guardian and Disposer of all affairs.

Saturday, March 17, 2012

Makanan hati itu ilmu...

Salam 'alaik sahabat...

Ada empat perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa sempit, hati menjadi sedih dan dada terasa sesak:

  • Tidak suka terhadap qada' dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.


  • Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat.

.....katakanlah: "Hal itu adalah akibat sikap diri kalian.." ('Ali Imran : 165)

.....semua itu akibat sikap perbuatan kalian...(As-Syura : 30)


  • Dengki kepada manusia, suka membalas dendam dan iri hati terhadap kurniaan Allah kepada seseorang.

Apakah mereka iri hati kepada orang yang telah diberi kurnia oleh Allah.. (An-Nisa' : 54)

Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki"


  • Berpaling dari peringatan Allah.

... maka sungguh baginya penghidupan yang sempit. (Taha : 124)


Hidup ini hanya sementara. Carilah bekalan secukupnya menuju destinasi abadi.

Semoga bermanfaat buat semua.

Wednesday, November 16, 2011

Apabila kamu memegang jawatan....

Ibnul Wardi berkata,
"Memangku jawatan terkesan di luar indah. Padahal itu hanyalah sesuatu yang rendah (hina)."

Apa maksud dari kata-kata ini?
Kedudukan itu sangat mahal harganya; menjejaskan kesihatan dan menghilangkan ketenangan. Hanya sedikit orang yang berjaya memegang jawatan yang telah dibayar dengan harga mahal setiap hari dengan keringatnya, darahnya, ketenangan, kemuliaan dan kehormatannya.

Renungkanlah.....


Petikan dari buku:
Jangan Bersedih, Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni, Al-Hidayah Publication, p.439

Saturday, November 12, 2011

Nyanyian indah...

Bila terasa buntu.....

Daisy menangis kerana terlalu tertekan dengan pelbagai masalah. Bagai ada batu yang jatuh di atas kepalanya. Dalam esak tangisnya, dia terpandang ayat seribu dinar yang ditampal di papan berhadapan meja belajarnya. Daisy membacanya dengan penuh perasaan agar Allah memberikannya jalan keluar untuk setiap masalah yang dihadapinya. Sejurus selepas itu, Daisy mendapat panggilan yang membawa berita gembira. Alhamdulillah, peperiksaan malam itu ditunda ke satu tarikh lain. Daisy berpeluang menyiapkan tugasannya yang lain. Dalam hatinya sangat bersyukur dengan penundaan itu.

Bila sudah berusaha dan masih belum jumpa jalan keluar, kita mula berputus asa. Perasaan kecewa, bingung dan sedih menghantui kita. Setiap kali terasa buntu, bacalah ayat seribu dinar dengan penuh tawakal kepada Allah.




Ayat ini dipetik dari surah at-Talaq ayat 2-3.

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat seribu dinar ini ialah :

* Di baca apabila kita hendak bertawakkal terhadap sesuatu perkara.

* Menghilangkan keresahan bila di baca di waktu resah.

* Di baca ketika hendak menaiki kenderaan

* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.


Bertaqwalah dan bertawakallah kepada Allah nescaya Allah akan memberimu jalan keluar dari sumber yang tidak pernah kau sangka-sangka.