Friday, March 27, 2015

Kisah Manusia #01

Ada masa, kau tak cakap apa-apa. Kau tak senyum dan kau duduk diam. Termenung kat satu kerusi.
Tiba-tiba seorang stranger datang menyapa. Macam tahu kau tu tengah berfikir tentang sesuatu.
Stranger itu pun bagi satu dua nasihat kat kau macam dia kenal kau.

Pernah tak alami situasi macam ni?

Kalau aku, memang selalu. Kadangkala, nasihat mereka ni macam water falling from the skies. 

Kisah Manusia #01

Aku termenung seorang diri kat tepi tasik di Taman Layang-layang. Rasa lost. Rasa sedih. Rasa macam-macam. Masa ni tengah bermasalah nak cope dengan study and long distance relationship.

Aku duduk bawah pokok. Tiba-tiba datang seorang jejaka yang entah dari mana. Mungkin baru balik jogging agaknya. Duduk kat bangku yang sama. Sopan. Siap bagi salam.

Dia tanya aku kenapa termenung. Baru putus cinta ke ada masalah belajar ke. Dalam hati, sibuk je lah mamat ni. Banyak soal pulak. Aku jawab acuh tak acuh. Sebab kau stranger. Buat apa nak kisah pasal aku. Berbual beberapa ketika dan kemudian dia berkata, 

"Ada masa kita boleh kenang masa lepas. Tapi kita kena ingat bahawa masa akan datang tu jauh lebih penting. Jadikan apa yang terjadi tu satu pengajaran. Mungkin lepas ni ada sesuatu yang lebih baik menunggu. Janganlah sedih sangat awak."

Sentap sekejap. Tapi bermakna juga nasihat juga. Terima kasih bro. Aku tak ingat dah siapa nama dia. 


****p/s: Buka hati. Buka minda. 

No comments:

Post a Comment