Friday, April 3, 2015

Kisah Hidup #02

Que sera sera
Whatever will be will be
The future is not ours to see
Que sera sera
What will be will be


Zaman kanak-kanak menyanyi lagu ni. Bila dah meningkat remaja dan mula jadi dewasa, berfikir tentang lirik lagu ni. Banyak maksud tersirat.

Masa depan. Bukan kita boleh jangka. Apa ada hari ini, mungkin hilang esok atau apa ada saat ni, mungkin boleh hilang sesaat kemudian. Kita boleh merancang tapi kena bersedia untuk menghadapi kenyataan sekiranya perancangan tersebut gagal atau menemui jalan buntu. Tapi janganlah putus asa. Hilang satu jalan, cari jalan lain.

Orang zaman dulu buat pepatah, "Bagai menanti bulan jatuh ke riba."
Aku suka tukar ayat ni jadi macam ni, "Adalah lebih baik kita belajar terbang ke bulan daripada menanti bulan jatuh ke riba."
Maksudnya di sini ialah daripada menunggu semata-mata, lebih baik berusaha.


No comments:

Post a Comment