Wednesday, April 6, 2011

Cerita di sebuah klinik...

Peperiksaan yang semakin hampir membuatkan Daisy melangkah ke klinik selepas makan tengah hari untuk mendapatkan rawatan. Hari ini dia tidak ditemani oleh mana-mana sahabatnya kerana dia tidak mahu menyusahkan mereka. Tambahan pula mereka sedang sibuk menyiapkan nota-nota.

Setibanya di klinik, Daisy mendapatkan nombor giliran di kaunter. Sementara menunggu, dia duduk di bangku yang disediakan di situ. Beberapa lama kemudian ada seorang wanita berbangsa asing duduk di sebelah Daisy. Wanita itu menyapa mesra dengan ucapan salam. Mereka berbual sementara menantikan giliran masing-masing.

Kemudian seorang ibu datang membawa anaknya yang masih kecil. Umurnya mungkin dalam lingkungan 2 atau 3 tahun. Comel sekali anak itu. Kulitnya cerah dan bermata bundar. Daisy terleka melihat keletah anak kecil itu.

Wanita berbangsa asing disebelahnya tersenyum memandang anak itu lalu berkata kepada Daisy, "Are you staring at the kid? He is cute right?"

Daisy tersenyum dan memandang wanita itu sambil berkata, "Yes. He is cute."

Wanita itu berkata lagi, "It is a beauty of a kid. When you see them, you feel release. You even forget your sickness and pain. That's why Allah bestowed them to us.."

Daisy terkesima mendengar kata-kata itu lalu menjawab, "Exactly..they are too beautiful.."

Tidak lama selepas itu, nombor giliran Daisy tertera di papan berkomputer. Dia mengucapkan salam kepada wanita asing di sebelahnya. Sepanjang hari tersebut, Daisy asyik tersenyum apabila teringat kata-kata wanita itu. Ringkas tetapi ada benarnya.

"Sesungguhnya anak itu adalah amanah dari Allah yang sangat tinggi nilainya"

Allah SWT berfirman,
“Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.”
(asy-Syura: 49-50).

No comments:

Post a Comment