Tuesday, April 12, 2011

Eksploitasi yang melukakan hati...

Dari jauh aku memerhatikan mereka

Di sana ada seorang buta bersama tisunya
Bergerak dari meja ke meja sebuah gerai
Hampa rasanya apabila semua menolak jualannya

Di sini pula ada seorang anak kecil
Meminta ehsan agar sekolahnya diberi bantuan
Siang malam berusaha
Entahkan makan, entahkan tidak

Nun di sudut itu
Terdapat seorang ibu tua
Membanting tulang empat kerat di usia emas
Lantai berkilat, hatinya kelat

Di kerusi itu pula
Seorang kurang upaya
Kasihan dia, kakinya tiada
Walang hatinya terkandung duka
Mahu bekerja tiada daya

Dunia..
Lihatlah mereka..
Dek kerana eksploitasi yang durjana
Yang lemah menjadi mangsa

Orang buta yang sebenar kehilangan punca rezekinya
Anak kecil itu kehilangan pelajarannya
Ibu tua pula kehilangan harapannya
Orang kurang upaya dipandang sebelah mata

Rakyat ini bukannya tidak endah
Namun muak penipuan sesetengahnya
Kasihan mereka menjadi mangsa
Mahu membantu belum terdaya
Hanya nukilan melepaskan hiba

No comments:

Post a Comment